Wednesday, March 30, 2011

B.O.R.I.N.G vs B.O.S.A.N


Salam uolls..kali ni aku nak tulis tentang tajuk entri kat atas tu..hehe.. pa yang uolls pikir tentang rasa boring? emm Dalam bahasa Melayu, ia adalah rasa bosan. Rasa bosan  timbul apabila Anda jemu mengadap sesuatu berulang-ulang kali. Dalam situasi lain, rasa boring timbul apabila Anda tiada apa yang dibuat, tak ada apa hendak dilakukan ketika masa terluang. Awas, boring petanda besar Anda adalah orang yang tidak ada matlamat.hee..:)
Haa uolls kat cni ada 4 petua bagaimana mengelak rasa boring. kita try same2 ye..mudah2an dptlh hilangkn rasa boring kita tu.. :)
1. Sibukkan Diri, Kenal Pasti Hobi.
utk petua ni kita mesti Cari apa yang boleh dilakukan. kita Bentuk diri kita ni agar menjadi rajin. Jika Anda tiada apa nak dilakukan, fikirkan sesuatu yang Anda rasa seronok melakukannya supaya tak sedar masa berlalu. Ada orang suka tengok tv sebab dia rasa seronok menonton tv, walau dari pagi sampai ke malam. Ada orang suka memancing, sebab dia seronok memancing, walau dari malam sampai ke pagi. Untuk mengelak rasa boring cari sesuatu disekeling yang boleh Anda lakukan. :)
2. Jadi Workaholik.
Orang workaholik (kata asalnya adalah ‘workaholic’) adalah orang yang suka bekerja, asyik dengan kerja hingga tak sedar masa berlalu. Kerja bukan kerja bagi dirinya tapi satu hobi. Perasaan enjoy bekerja ni akan hadir apabila Anda menemui keseronokan ketika melaksanakan kerja.Untuk mengelak rasa boring, Anda boleh bentuk diri Anda menjadi seorang workaholic – sentiasa ada saja yang perlu dibuat, ada saja yang perlu disiapkan, ada saja yang perlu disempurnakan. Awas, sikap workaholic tak sesuai untuk orang dah kawin. Jika Anda suami, nanti isteri Anda saman Anda sebab tak balik-balik rumah dek terlalu layan kerja. Jika Anda seorang isteri, nanti suami Anda makan megi tiap hari.
3. Set matlamat, azam, cita-cita dan impian. Selepas itu berusahalah mencapainya!
Orang yang selalu merasa boring adalah orang yang tidak ada impian. Orang yang bosan dengan hidup adalah orang tidak ada cita-cita. Set satu impian kemudian fikirkan cara untuk mencapai impian itu, lepas tu berusalah mencapainya walau dengan apa cara sekalipun, asalkan halal. Fikir, fikir, fikir, selepas tu buat. Buat dan terus buat. Jangan duduk diam! Lama-kelamaan Anda akan perasan Anda dapat mengelak rasa boring sebab Anda sudah tidak ada masa untuk merasa boring. Masa yang ada terisi dengan usaha ke arah mencapai cita-cita Anda.
4. Rajinkan Diri Beribadah.
Ini pula adalah tips yang baik untuk mengelak rasa boring dari perspektif Islam. Sibukkan diri dengan ibadah. Dalam menyempurnakan tuntan ibadah wajib, banyakkan ibadah sunat. Hadirkan rasa kekurangan dan kehambaan dalam diri. Jangan pernah merasa puas dengan ibadah-ibadah yang sudah disempurnakan sebelum ini. Rasai keseronokan melaksanakan ibadah, rasai ketenangan ketika dalam proses menyempurnakan ibadah. Pasti Anda terdorong untuk melakukannya lagi, dan lagi, dan lagi, banyak kali sampaikan Anda macam tak mahu berhenti.
k see ya.. luv uollss..

terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca {entri dari kamela}

Monday, March 28, 2011

Perang Pen & Kertas



Salam uolls..rasa rindu pula nak update blog ni..hehe..mesti uolls heran ngan tajuk entri pada kali ni..uolls tetanya2 buang tabiat apa pula aku dengan tajuk entri tu kan..heee..urmm rasanya cuma 3 minggu shaja lagi final exam akan membuka layarnya..fuhh..bedebar2..nampak gayanya kena sediakan segala kelengkapan senjata sedari awal agar tak blurr apabila nampak soklan2 yang power2 bila final nti..heee..asaiment pun dh settle..tinggal cuma sedikit yg perlu diperbaiki..tp nampak gayanya ada 3 lg midterm yg perlu ditempuhi sblm final exam..semoga aku diberikan kekuatan dan kepintaran dalam melaksanakan segalanya..Aminn..
kepada rakan2 seperjuangan ngan aku semoga kita semua success dalam final exam tu nanti ya..Chaiyo2.. peace v_v ...


terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca {entri dari kamela}

Wednesday, March 23, 2011

Jangan Jadi Sombong


 
salam uolls..entri kali ni pasal sifat sombong..uolls suka tak dengan orang yg belagak sombong ni? mesti uolls tak suka kan..aku jg tak suka dengan org sombong ni..so jom kita kenal pasti pa sebenarnya penyebab sifat sombong ni ye..
TANDA-TANDA SIFAT SOMBONG
Langkah-langkah untuk mengenal pasti adanya penyakit ini ialah melalui pergaulan sesama manusia. Melalui pergaulan, akan dapat dikesan sifat sombong sama ada sombong yang keterlaluan, sederhana atau ringan.
Apakah tanda-tanda seseorang itu memiliki sifat sombong? Di antaranya:
1. Payah menerima pandangan orang lain sekalipun hatinya merasakan pandangan orang itu lebih baik daripadanya. Apatah lagi kalau pandangan itu datang daripada orang yang lebih rendah daripadanya sama ada rendah umur, pangkat atau lain-lain lagi.

2. Mudah marah atau emosional. Bila berlaku perbincangan dua hala, cepat tersinggung atau cepat naik darah kalau ada orang tersilap atau tersalah.

3. Memilih-milih kawan. Suka berkawan hanya dengan orang yang satu ‘level’ atau sama taraf dengannya. Manakala dengan orang bawahan atau lebih rendah kedudukannya, dia tidak suka bergaul atau bermesra, takut jatuh status atau darjat dirinya. Bahkan dengan orang yang sama level dengannya pun masih dipilih-pilih lagi. Yakni dia suka dengan orang yang mahu mendengar dan mentaati kata-katanya. Mereka inilah saja yang dia boleh bermesra, duduk sama atau semajlis dengannya.

4. Memandang hina pada golongan bawahan.

5. Dalam perbahasan atau perbincangan, selalunya dia suka meninggikan suara atau menguatkan suara lebih daripada yang diperlukan.

6. Dalam pergaulan dia suka kata-katanya didengari, diambil perhatian dan diikuti. Sebaliknya di pihaknya sendiri, susah untuk mendengar cakap atau nasihat orang lain serta tidak prihatin dengan cakap orang. Apatah lagi untuk mengikut cakap orang lain.

7. Dalam pergaulannya, dia saja yang memborong untuk bercakap dan tidak suka memberi peluang kepada orang lain bercakap. Kalau ada orang lain bercakap, dia suka memotong percakapan orang itu.

8. Kalau dia jadi pemimpin, dia memimpin dengan kasar dan keras terhadap pengikut-pengikutnya atau orang bawahannya. Ia membuat arahan tanpa timbang rasa dan tidak ada perikemanusiaan. Kalau dia menjadi pengikut, susah pula untuk taat dan patuh pada pemimpinnya.
9. Susah hendak memberi kemaafan kepada orang yang tersilap dengannya. Bahkan ditengking-tengking, diherdik, dikata-kata atau dihina-hina. Di belakangnya diumpat-umpat.

10. Kalau dia yang bersalah, susah dan berat hendak minta maaf. Rasa jatuh wibawa bila merendah diri meminta maaf. Bahkan dia tidak mengaku bersalah.

11. Dia suka dihormati. Tersinggung kalau tidak dihormati. Tetapi dia sendiri susah atau berat untuk menghormati orang lain.

12. Mudah berdendam dengan orang lain terutamanya bila orang itu tersilap.

13. Suka menzalimi orang sama ada secara kasar atau secara halus.

14. Kurang bermesra dengan orang kecuali terpaksa kerana perlukan orang itu atau kerana takutkan orang itu.
15. Suka memperkatakan keburukan orang seperti mengumpat, memfitnah serta membenci orang.

16. Kurang menghormati pemberian orang atau tidak menghargai pemberian orang lain.

17. Suka mengangkat-angkat diri atau menceritakan kelebihan diri.

18. Suka menghina dan menjatuhkan air muka orang di hadapan orang lain.

19. Kurang menghormati nikmat-nikmat Allah. Kalau ada makanan, berlaku pembaziran atau membuang makanan yang berlebihan. Kalau ada pakaian walaupun masih elok dipakai tetapi suka berganti dengan yang baru. Pakaian yang lama dibuang. Kalau ada duit lebih, suka beli barang yang tidak diperlukan. Semua itu lebih digemari daripada memberi nikmat yang berlebihan itu kepada orang lain.

20. Kalau berdiri, lebih suka bercekak pinggang (kerana membesarkan diri). Kalau bercakap, menepuk-nepuk meja dan suka mencemik. Kalau berjalan suka bergaya, menghentak-hentak kaki atau berjalan membusung dada.

21. Kurang memberi simpati atau kurang menolong orang lain melainkan ada tujuan-tujuan dunia atau kerana takut dengan orang itu.

22. Kurang minat menerima tetamu atau tidak suka jadi tetamu orang.
23. Tidak suka menyebut kelebihan-kelebihan orang lain kerana takut mencabar dirinya.

24. Kesalahan-kesalahan orang lain dibesar-besarkan sedangkan kesalahan sendiri didiamkan, disorokkan, buat-buat tidak tahu atau cuba mempertahankan diri supaya orang menganggap dia tidak bersalah.

25. Sangat tidak senang dengan kejayaan atau kebolehan orang lain.

26. Dia sangat tersinggung kalau ada orang memuji-muji atau menyebut kelebihan-kelebihan orang lain di hadapannya. Tetapi kalau dia dipuji, terserlah pada air mukanya rasa bangga dan senang hati.

Senarai tanda-tanda, riak-riak atau sikap-sikap di atas sudah cukup jelas untuk kita dapat mengenali sifat sombong ini. Bila sudah dikenal pasti ertinya memudahkan kita mengatasi atau mengikis sifat keji ini.

SEBAB-SEBAB SOMBONG
Sebelum mengikis sifat sombong yang keji ini perlu kita tahu kenapa sifat ini boleh berlaku. Ini juga merupakan faktor pembantu untuk memudahkan kita mengikis sifat ini. Macamlah jerawat yang ada di pipi. Kalau kita kenal tanda jerawat, kemudian tahu kenapa boleh timbul jerawat, barulah mudah untuk kita mengubat jerawat itu.
Faktor-faktor penyebab yang menjadikan seseorang itu memiliki sifat-sifat sombong, di antaranya ialah:
1. Memiliki kuasa, sama ada dia memiliki kuasa besar atau kecil. Kuasa besar itu seperti jadi raja, presiden, perdana menteri, gabenor dan lain-lain lagi. Kuasa kecil seperti jadi pegawai, D.O., penghulu, guru besar, guru-guru dan lain-lain lagi. Kuasa yang ada itu mendorongnya menjadi sombong.


2. Mempunyai ilmu pengetahuan sama ada pengetahuan tentang dunia atau pengetahuan tentang Akhirat. Sama ada pengetahuan di banyak bidang atau di satu bidang. Ini jadi pendorong seseorang itu menjadi sombong kerana dia rasa lebih pandai daripada orang lain.


3. Mempunyai harta kekayaan. Harta juga mendorong seseorang itu menjadi sombong.


4. Mempunyai kegagahan iaitu orang yang mempunyai kekuatan fizikal atau mempunyai kepandaian dalam mempertahankan diri seperti tinju, gusti, tae kwan do, silat dan lain-lain lagi. Ini juga mendorongnya menjadi sombong.


5. Keturunan. Ada orang jadi sombong kerana berketurunan bangsawan, berketurunan ulama dan lain-lain lagi, lantas merasa diri mulia serta memandang orang lain hina berbanding dengan dirinya.


6. Sebab-sebab yang lain seperti berwajah tampan dan cantik, disayangi oleh orang besar, disayangi suami, disayangi oleh ibu ayah dan lain-lain lagi. Ini juga pendorong menjadi sombong.


7. Bukan sebab-sebab yang di atas tadi, tapi mungkin dia orang miskin atau orang jahil atau orang hodoh atau orang cacat atau orang lemah sedangkan dia tetap sombong. Ini dikatakan bodoh sombong. Orang ini walaupun tidak ada sebab khusus untuk dia berlaku sombong tetapi oleh kerana benih sifat sombong yang semula jadi ada dalam diri itu tidak terdidik dan tidak cuba untuk dikikisbuangkan atau tidak dicabut, bahkan disuburkan, maka tetaplah dia dengan sikap sombongnya.

Golongan yang sombong di taraf ini bilamana tidak sedar atau tidak kenal dirinya yang sebenar, inilah yang jadi pendorong dia bersifat sombong. Kalau begitu ada golongan manusia yang sombongnya bersebab dan ada pula golongan manusia yang sombongnya tidak bersebab. Tetapi kebanyakan manusia itu sombongnya bersebab, seperti yang disebutkan di atas tadi. Bersebab atau tidak, sifat sombong tetap mesti dikikis dan dibuang. Jika tidak, ia akan memberi kesan yang buruk di tengah kehidupan masyarakat.
KESAN SIFAT SOMBONG
Di antara kesan sifat sombong ialah:
1. Orang benci kepadanya. Fitrah semula jadi manusia tidak suka kepada orang yang bersifat sombong ini. Hati yang benci-membenci tentulah tidak ada kasih sayang, akhirnya tidak wujud perpaduan. Ini bererti umat Islam tidak ada kekuatan. Risikonya, Islam menjadi lemah, lumpuh dan runtuh kerana tidak ada pautan hati antara satu sama lain. Ini sangat merugikan umat Islam dan Islam sendiri. Maknanya, apabila sifat sombong dimiliki bersama, semuanya bersalah dan berdosa sehingga menyebabkan tamadun roh dan tamadun material tidak dapat dibangunkan.
2. Mudah marah, di mana kebiasaannya kemarahan akan berakhir dengan perbalahan dan pergaduhan.
3. Bilamana wujud sifat sombong, lahirlah penyakit yang berikutnya iaitu mudah berdendam, hasad dengki dengan manusia, mudah hendak bertindak balas di atas kesilapan orang lain. Kadang-kadang belum tentu silapnya, dia telah gopoh-gapah bertindak. Mudah pula sakit hati terhadap kejayaan dan kebolehan orang lain sehingga berusaha se-daya upaya untuk merosakkan atau menjatuhkan orang itu. Akhirnya tentulah timbul permusuhan sesama manusia. Lebih besar dari itu, akan berakhir dengan peperangan dan pembunuhan bilamana berlaku tindak balas daripada orang lain atau golongan lain pula.
Kesombongan sangat membahayakan masyarakat manusia dan dunia seluruhnya. Lantaran ini Allah sangat murka dan Allah tempatkan mereka ini di Neraka bersama Firaun, Namrud, Hamman dan lain-lain orang yang zalim dan angkuh itu.
Memandangkan betapa merbahayanya penyakit ini maka usaha-usaha lahir mesti dibuat untuk membendungnya. Beberapa panduan dan kaedah diberi untuk mengikisbuang dan mengubatinya secepat mungkin secara serius supaya kita tidak terus mengidap penyakit yang mengerikan ini.
Di antara cara-caranya ialah:
1. Ada ilmu tentang sifat-sifat mazmumah.
Adanya ilmu ibarat ada cahaya yang mampu menyuluh sifat-sifat mazmumah di dalam diri itu termasuk sifat kibir atau sombong. Perlunya ilmu kerana ia merupakan sifat batiniah yang sesetengah orang payah mengesannya tetapi mudah pula dikesan oleh orang lain.

2. Bawa berfikir selalu tentang kejadian manusia.
Sedarkan hati kita bahawa soal kejadian manusia itu adalah sama. Yakni daripada tanah dan mati kembali ke tanah semula. Walau bagaimana hebat sekalipun seseorang itu, kejadiannya sama dengan orang lain. Kejadian yang pertama asalnya daripada tanah. Walaupun berdarjat, berpangkat, berkuasa, berharta, berilmu, sama ada yang alim atau tidak, yang kaya atau miskin, yang cantik atau buruk, namun mereka semuanya sama. Samasama berasal daripada tanah.

Lihatlah raja-raja besar seperti Firaun. Walau bagaimana hebatnya dia sehingga mengaku dirinya tuhan, di manakah dia sekarang? Bukankah dia tidak dapat mempertahankan kehebatannya, akhirnya mati dan kembali ke tanah! Jadi untuk apa dibangga-banggakan dengan kehebatan dan keistimewaan masing-masing. Sedangkan semuanya setaraf, yakni berasal daripada tanah dan akhirnya kembali ke tanah jua. Tidak mampu untuk memanjangkan umur sendiri.
3. Fikirkan dan sedarkan hati kita bahawa kejadian manusia yang kedua adalah daripada air mani yang hina.
Kalau diperlihatkan kepada manusia, amat jijik dan benci sekali untuk melihatnya. Ertinya, kejadian manusia itu tidak ada beza di antara satu sama lain, sama ada orang kaya, orang berilmu, pembesar atau lain-lain lagi, semuanya berasal daripada air mani yang hina. Kalaulah orang kaya berasal daripada intan, pembesar daripada emas, orang berilmu daripada berlian dan orang biasa berasal daripada air mani, boleh jugalah berbanggabangga. Ini tidak, semuanya berasal daripada benda yang sama iaitu air mani yang hina. Dari segi kejadian, tidak ada perbezaan apa-apa pun. Jadi untuk apa kita berbangga-bangga dengan keistimewaan diri pada orang lain?

4. Melihat respon orang lain terhadap kita.
Dalam pergaulan hidup, dapat dikesan respon orang lain kepada kita. Kalau kita sombong, semua orang akan benci. Anak isteri tidak suka, jiran-jiran meluat, kenalan renggang dan pengikut tidak suka. Apa pendapat kita? Adakah untung kita mempertahankan sikap begitu? Apalah indahnya! Bukankah kita dapat rasakan betapa buruk padahnya akibat mempertahankan penyakit keji dan jahat ini. Lebih-lebih lagi kerja kita tidak semua kita mampu uruskan sendiri. Lagi tinggi pangkat dan darjat, lagi banyak urusan kerja yang perlu dibereskan, dibantu oleh tenaga-tenaga orang lain sama ada secara langsung mahupun tidak langsung.

Oleh itu pertolongan, bantuan dan titik peluh orang lain tidak boleh kita lupakan. Kalau tidak ada mereka ertinya kita tidak jadi hebat dan kaya. Kalau begitu untuk apa kita rasa lebih istimewa?
Bilamana orang sudah benci, di waktu-waktu tertentu seperti waktu sakit atau waktu kematian atau kecemasan, masyarakat akan pulaukan. Atau lambat-lambatkan bantuan atau tidak beri bantuan supaya kita terasa susah lebih dahulu. Ini semua hasil dari mereka sakit hati dengan sifat sombong kita itu.
5. Ambil iktibar dari pengalaman hidup.
Apabila ada kelebihan, keistimewaan dan kehebatan, bolehkah bersifat sombong? Cuba fikirkan kejadian-kejadian yang berlaku dalam pengalaman hidup seharian. Apakah kita berkuasa mengelakkan diri daripada sakit? Apakah kita mampu melawan kuasa tentera Allah yang dihantar melalui bencana alam dan lain-lain lagi? Apakah anda mampu melawan kematian dengan kesombongan dan kekibiran itu? Tentu tidak! Kalau begitu kenapa kita merasakan lebih istimewa daripada orang lain? Walhal tidak ada keistimewaan apa-apa pun yang menjadi milik kita. Semua itu Allah pinjamkan sekejap. Jadi tidak ada apa-apa pun kehebatan kita jika dibandingkan dengan orang lain. Kadang-kadang Allah beri kita kelebihan ilmu, kekayaan, pangkat dan lain-lain, tapi dalam masa yang sama kitalah yang paling banyak mengidap sakit. Misalnya sakit jantung, kencing manis, darah tinggi dan lain-lain sehingga kelebihan dan keistimewaan-keistimewaan itu semuanya tidak ada erti apaapa lagi. Akhirnya, nikmat yang dikumpul-kumpulkan sekian lama, tidak dapat dinikmati sendiri tetapi dinikmati oleh orang lain. Oleh itu untuk apa dibangga-banggakan dengan kehebatan yang ada itu?
6. Ingat azab Allah untuk orang yang sombong.
Cubalah renungkan. Ingatkanlah di hati bahawa sombong ini sangat dimurkai oleh Allah. Kita dianggap sudah merampas pakaian-Nya. Akibatnya, kita akan dicampakkan ke Neraka yang panas apinya 70 kali ganda kekuatan api dunia dan dalamnya 70 ribu tahun perjalanan baru sampai ke dasarnya.

Ingatkan Neraka yang keseluruhannya api. Di atasnya api, di bawahnya api, di kiri api, di kanan api, di depan api, di belakang api yang memakan dan menghanguskan daging-daging dan tulang-belulang. Kemudian diganti lagi dengan tubuh yang baru dan diseksa lagi. Begitulah berulang-ulang berlaku sepanjang masa. Walhal di waktu itu kita dibelenggu kaki dan tangan serta dicemeti berterusan oleh malaikat Zabaniah. Bau Neraka yang busuk itu tidak dapat digambarkan. Kalaulah ditakdirkan bau itu tercium oleh penduduk dunia, akan matilah semua lantaran busuknya.
Perkara-perkara di atas tadi perlu difikir-fikirkan, direnung-renungkan dan diulang-ulang memikirkannya. Diingat selalu dalam hati hingga tidak dapat dilupakan lagi. Kesannya nanti akan timbul rasa malu dan takut untuk kita bersikap ego dengan Tuhan dan dengan manusia. Dengan cara-cara atau kaedah ini moga-moga membantu kita mudah untuk bermujahadah menumpaskan sombong ini. Harapan kita moga-moga Allah sentiasa memimpin kita agar menjadi hamba-hamba-Nya yang merendah diri.  so fikir2kan ye uolls..jangan kita menjadi sombong apabila kita telah berjaya..

terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca {entri dari kamela}

Monday, March 21, 2011

Kejamnya Euthanasia..

Salam uolls..bertemu lagi kita..rasanya lama juga tak update blog ni..kitaorg baru-baru ni disuruh bagi pendapat untuk penilaian markah kuiz dan entri kali ni adalah berkaitan dengan tajuk kuiz yang perlu kitaorg berikan pendapat iaitu pasal Euthanasia..Euthanasia ni sebenarnya kira perkataan barulah yang aku dengar ni dan aku terfikir selama ini perkara tersebut rupanya pernah dilakukan pada ahli keluargaku..memang sakit bila didengar  apabila para doktor menemui jalan buntu dan jalan terakhir yang mereka pilih ialah melakukan euthanasia..kejamnya..Uolls tau tak pa maksud sebenar euthanasia tu..
Euthanasia membawa maksud tindakan menamatkan riwayat hidup seseorang dengan sengaja kerana seseorang itu tidak mampu lagi menanggung kesakitan dan tidak dapat diubati dengan perubatan yang sedia ada.  Ia juga diertikan sebagai kematian dengan aman tanpa kesakitan. .  Euthanasia ni terbahagi kepada beberapa kategori iaitu:

1. Euthanasia aktif: Mempercepatkan kematian seseorang dengan tindakan secara langsung seperti menyuntik ubatan tertentu yang boleh membawa
maut dengan segera.
2. Euthanasia pasif: Mempercepatkan kematian seseorang secara tidak langsung seperti dengan cara menghentikan bekalan makanan, air, ubatan atau prosedur-prosedur yang perlu bagi meneruskan hidup pesakit. Pesakit dibiarkan tanpa sebarang rawatan sehingga mati disebabkan penyakit yang dialaminya.
3. Euthanasia secara sukarela(voluntary): Apabila seseorang yang dipercepatkan kematiannya berdasarkan permintaannya sama ada secara lisan atau bertulis.
4. Non-voluntary euthanasia: Apabila seseorang yang dipercepatkan kematiannya tidak membuat sebarang permintaan atau wasiat supaya dipercepatkan kematiannya. Juga merujuk kepada proses mempercepatkan kematian pesakit yang berada dalam keadaan tidak sedar, koma atau tidak mampu memberikan reaksi yang dapat difahami. Dalam kes ini, biasanya ahli keluarga si pesakit yang membuat permohonan supaya dipercepatkan kematian.
5.  Involuntary euthanasia: Apabila seseorang yang dibunuh telah meminta supaya dia tidak dipercepatkan kematiannya.


Apa agaknya pandangan uolls tentang perlakuan ini..bagi aku  perlakuan ini adalah tidak wajar sama sekali dilakukan.  Perkara ini menurut pandangan islam adalah HARAM kerana perbuatan ini seolah-olah membunuh kerana doktor bertindak mengakhiri riwayat pesakit dengan memberikan suntikan dan sebagainya.  Perbuatan ini mempunyai pandangan yang berbeza dalam pelbagai perspektif.  Melalui pesakit mereka cenderung untuk memilih untuk ditamatkan riwayat hidupnya kerana mereka telah berputus asa dengan penyakit yang mereka tanggungi dan mereka lebih cenderung untuk meminta doktor untuk melakukannya.  Akan tetapi sekiranya pesakit berada dalam keadaan koma ahli keluarga akan berhadapan dengan dilema samada pesakit itu masih ingin meneruskan kehidupan ataupun tidak. Walaupun perbuatan ini dilakukan atas alasan kasih sayang atau tidak sanggup melihat pesakit menanggung kesakitan namun perbuatan ini adalah amat bertentangan dengan kuasa Tuhan yang bertindak sebagai yang menghidupkan dan mematikan seseorang.  kita bukan Tuhan yang berhak untuk menamatkan riwayat hidup seseorang. Hanya Tuhan yang berkuasa atas segala-galanya. Biarlah seseorang itu meninggalkan dunia ini secara semulajadi ditarik nyawanya oleh yang Maha berkuasa Allah SWT..


terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca {entri dari kamela}

Friday, March 11, 2011

Terima Kasih Kerna Beri Kami Peluang Miliki Rumah Sendiri

Wahh..bestnya baru-baru ni PM kita ada lancarkan satu skim iaitu "Skim Rumah Pertamaku". aikk pa ka pula bendanya skim tu ya..hah utk pengetahuan uolls.. skim rumah pertamaku ni merupakan sebuah skim untuk membantu golongan muda yang berpendapatan kurang RM3,000 sebulan dan belum memiliki kediaman sendiri untuk membeli rumah melalui Skim Rumah Pertamaku yang dilancarkan baru-baru ni.  Skim ini memberi kemudahan pinjaman 100 peratus kepada pembeli, tanpa perlu membayar wang deposit sebanyak 10 peratus seperti kebiasaan prosedur pembelian rumah.
Menurut PM lagi, Skim Rumah Pertamaku yang berkuat kuasa pada 8 Mac  2011 membenarkan golongan muda berumur 35 tahun ke bawah, memiliki rumah berharga antara RM100,000 hingga RM220,000. ( wahh  best ni )
"Skim ini merupakan inisiatif kerajaan yang dilaksanakan melalui Cagamas Berhad dengan kerjasama institusi-institusi kewangan. Ia bagi mengurangkan beban golongan muda yang menghadapi masalah kos sara hidup selain harga hartanah yang tinggi.
"Langkah ini akan membantu golongan muda di Malaysia untuk memiliki rumah pertama mereka dengan lebih cepat, selari dengan objektif kerajaan untuk menyediakan rumah mampu milik. Mcm menarik jah kan uolls..  golongan muda mcm aku ni bolehlah menarik nafas lega dengan pelancaran skim ni coz bolehlah beli rumah sendiri lepas ni..ekekekek....k by..
wahh cantikkan rumah ni uolls..bilalah dpt rumah mcm ni ekk..


terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca {entri dari kamela}

Thursday, March 10, 2011

Wahh..Jom Cuti2 Kita...

Salam uolls..bru hari ni berkesempatan update blog..maklumlah kesibukan yang melanda sejak akhir2 ni..mana sibuk dgn hal kerja..sibuk lagi pula dgn asaiment..So ari ni bru dpt update n bersih2kn sikit habuk..kang lama ditinggal datanglh pula tetamu yg tk diundang..hehe..esok merupakan hari last budak2 skolah..pastu cuti seminggu...hah..kalau cuti-cuti ni korang mesti  tau..byklh yang akan mendirikan masjid a.k.a kawenlah tu..hehe...hari ni pun ada dh dapat undangan majlis perkahwinan dari my friend..budak2, cikgu2 sumanya cuti dan aku juga tak ketinggalan apply cuti rehat..cuti ni nak blik tempat cik abang..cuti2 ni je lah dapat balik kat sana...selain tu juga ada majlis kenduri arwah ke-100 buat arwah ibu mertuaku yang telah kembali ke rahmatullah pd bulan disember tahun lalu..cepat betul rasanya masa ni berlalu....rupanya dah nak masuk hari ke-100 pemergian ibu mertuaku..semoga beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan ahli2 syurga. AMIN.....so amcm ngan uolls..dah rancang destinasi percutian.?....jomlh kita cuti2 malaysia..relese2kan tension..semoga percutian uolls akan menjadi sebuah percutian yang sukar untuk dilupakan...k see ya..by..
ni gambar pertunjukan air pancut berirama kat perdana park tanjung aru..kat cni pun uolls bleh kumpul2 ngan family n friends.. :)

terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca {entri dari kamela}

Monday, March 7, 2011

Lenka - Don't Let Me Fall 

Underneath the moon
underneath the stars
here's a little heart for you
Up above the world
Up above it all
Here's a hand to hold on to
But if I should break

if I should fall away

What am I to do
I need someone to take
A little of the weight
Or I'll fall through...
You're just the one that I've been waiting for
I'll give you all that I have to give and more
But don't let me fall...
Take a little time
Walk a little line
get the balance right on
Give a little love
Gimme just enough
So that I can hang on tight
We will be alright
I'll be by your side
I won't let you down
But I gotta know
no matter how things go
That you will be around...
...You'll be the one that I'll love for ever more
I'll be here holding you high above it all
But don't let me fall.



terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca {entri dari kamela}

Sunday, March 6, 2011

kembali bertemu..

hi uolls...wahh..rindu pulak ngan blogku ni selama 2 hari ditinggalkan..almaklumlah selama 2 hari tu aku menunaikan tanggungjawab sebagai student kat U..aku ni actually belajar part time kat salah sebuah U kat KK (UMS)..kuliah setiap hujung minggu sahaja..namun fuhh..penat geng..banyak cabaran sebenarnya kuliah part time..kena2 lagi mcm aku ni tinggal jauh sdikit dengan bandar KK..perjalanan ke sana memakan masa hampir 2 jam stengah..merentasi bukit bukau yang mak oii tinggi jugalh..dlm perjalanan ku senantiasa berdoa jah semoga selamat smpi destinasi dan selamat juga kembali ke rumah..study sambil keja ni uolls faham2 je lah..kena pandai bahagi2kan masa.. mana lagi dengan asaiment yang berlambak..di samping keja2 hakiki..semoga ku kuat menghadapi semuanya.. :)..k see ya..

terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca {entri dari kamela}

Friday, March 4, 2011

Gigi Oh Gigi Mengapa Engkau Sakit...

Sakit gigi sememangnya amat menyeksakan. sakitnya tu uhh Tuhan saja yang tahu.. emm jangan gelabah korang2 smua ya..cuba kita try petua-petua kat bawah ni mudah2an bole baik ye.. haa mari kita cuba petua-petua yang boleh diamalkan untuk merawat sakit gigi kat bawah ni:

1) Campurkan sedikit cuka dalam segelas air suam. Gunakan air ini untuk berkumur. Amalkan tiga kali sehari sehingga rasa sakit hilang.

2) Kunyah sedikit kapur sirih pada gigi yang sakit sehingga lumat. Amalkan sehingga rasa sakit gigi hilang.

3) Makan buah belimbing buluh bersama sedikit garam.

4) Gigit 3 kuntum bunga cengkih pada gigi yang sakit. Jika gigi berlubang, tumbuk bunga cengkih dan isikan ke dalam lubanggigi dan tutup dengan kapas.

5) Untuk gigi berlubang, ambil getah pada tampuk buah betik muda dan sapukan pada gigi yang sakit dengan putik kapas.  ( hah petua ni aku rasa paling mujarab..hehe..dh cuba pun..memng gigi cepat redalh drpd sakit..cuba ye.. :)

6) Untuk gigi geraham berlubang, tumbuk seulas bawang putih hingga lumat dan masukkan sedikit cuka. Masukkan bahan tadi ke dalam lubang gigi.

7) Sapukan getah pokok kemboja pada gigi yang sakit.



korang try ye..harap2 gigi korang pas try petua ni tak sakit lagi.. Selamat Mencuba ya.. :)
terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca {entri dari kamela}

Thursday, March 3, 2011

Anda Stress.. Jom Redakan Ia..

CARA MUDAH HILANGKAN STRESS

KETAWA
ketawa merupakan cara paling murah untuk hilangkan stress. Menurut dr.frederick goh dalam bukunya the metabolic apocalypse dengan hanya ketawa selama 15 minit setiap hari ia sudah dapat membaiki aliran darah ke hati.

URUTAN SENDIRI
cara kedua ialah urutan sendiri untuk menghilangkan rasa pening. urut secara lembut titik-titik akupuntur pada sekitar hidung, tepi mata untuk melegakan rasa tidak selesa.

JALAN
dr. pamela peeke penulis body for life for woman menyarankan supaya berjalan lebih kurang selama 10 minit untuk menenangkan tubuh badan yang sedang stress.

TIDUR
kalau boleh usahakan mendapat tidur yang tenang untuk mengurangkan kegelisahan pada waktu pagi. untuk mendapatkan tidur yang lena, panaskan segelas susu dan campurkan satu sudu teh serbuk kayu manis dan madu. minum sebelum masuk tidur ya.

SEKS TERATUR
cara seterusnya ialah melakukan hubungan seks secara teratur dengan pasangan (yang sah sahaja ye, lau tak sah tu menambahkan stress namanya..hehe). hubungan intim bila dilakukan dengan penuh kasih sayang dan cinta akan dapat meleraikan segala ketegangan. sejumlah kajian membuktikan seks yang sihat akan memberi kesan fizikal. mood juga akan jadi lebih baik.


CIUMAN
Bercium dengan pasangan juga akan membuatkan tubuh menjadi lebih rileks, hangat dan penuh dengan cinta dan kelembutan serta menimbulkan gelombang otak dan perubahan kimia yang lain. manfaatnya sama seperti selepas bermeditasi.

DOA
ketika anda sedang stress, kelenjar adrenalin tubuh mengeluarkan bahan kimia yang berfungsi meningkatkan degupan jantung dan tekanan darah serta menurunkan kekebalan tubuh. Berdoa dapat mengurangkan stress dan mendekatkan diri kepada Tuhan.



hah..ni Credit diberikan pd cik pija..comel kan..jom kita applykan cara2 ni pula..

step2 yang korang perlu buat :


warming up badan korang... tarik nafas... tahan dan hembus... 
[buat ala2 taichi macam ni]


kemudian, relax-kan bahu dan leher anda seperti gaya ini... 
buat berulang kali hingga anda rasa puas hati.


selepas tu, buatlah macam ni... jangan lupa dengan buat bunyi sekali.
hiyaaaaa.... waaa! [kalau tak bercahaya macam tu, jangan berhenti!] heee...


gerakkan badan korang ke kanan dan ke kiri...
sambil sebut... oh yeah!


ulangi step di atas, tapi kali ini ke kiri dan kemudian ke kanan...
jangan lupa.... oh yeah!


then, buat gaya seperti anda ingin terbang...
huuu... weee... huuu... weee... bahagia~


untuk lebih berkesan, goyangkan sikit kaki dan badan anda
buat2 lah macam korang memang tak ada masalah...


kalau tak hilang lagi stress tu, buat macam ni...
buat dengan aggresive! jangan peduli apa orang kata...


tak hilang lagi stress tu?? korang memanglah...
ni langkah terakhir... tepuk kuat2 kat dahi sampai rasa nak pengsan!


dan...
korang akan bergembira seperti kawan korang yang lain...


hehe..apply ye jangan tak apply..Gud luck tuk uolls sekalian..

terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca {entri dari kamela}