Tuesday, April 26, 2011

tension meh rileks dulu jap..:)


wah..lama tak update blog ni..huhu..akibat daripada ksibukan mnghadapi sang exam..lama rasanya menyepi dari update blog ni..almaklumkah..masa terlalu padat..mana lagi nak studi kan..hehe..tp akibat daripada keboringan dan kestressan ni..aku jenguk2lah blog yang dh penuh ngan habuk ni..hihi..ari ni start paper dah..fuhh..paper tuk ari ni punyalah mantap..susah gilerr..tp bg yang ada studi tu..wahhh jwab macam makan kacang punya..hehe..bsok pula pertempuran kedua..harap2 bleh skor untuk paper ni.gud luck for me..hihi..k la uolss..nak sambung tgk balik nota2 ni..kang leka dengan mengupdate blog ntah kemana2 ilmu yg sudah dibaca tadi..k uolls doakan agar saya berjaya ye..bye.. :)

terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca {entri dari kamela}

Saturday, April 16, 2011

Wahhhh..Leganya...Syukur..

syukur alhamdulillah kupanjatkan ke Hadrat Tuhan yang maha kuasa, akhirnya aku kini lega dan senang hati..smua asaiment telah berjaya ku selesaikan..terasa lapang betul dada ni bila smua benda2 yang bikin stress telah selesai..syukurr..hehehe.. lepas ni mau concentrate pula ngan final exam..hihi..sya sgt happy arini..

terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca {entri dari kamela}

Wednesday, April 13, 2011

Pap Smear oh Pap Smear..;)

Apa itu PAP SMEAR


PAP SMEAR BENARKAH IA MENYAKITKAN?

PENTINGNYA rawatan pap smear ke atas wanita yang sudah melalui hubungan seksual memang tidak dinafikan. Tetapi tidak ramai wanita yang sedar tentang kepentingan ini. Kebanyakan daripadanya tidak langsung menganggap pap smear salah satu rawatan benar-benar penting dalam kehidupannya.

Selain kurang prihatin tentang kesihatan diri, ini antara faktor penyebab mengapa wanita tidak mahu melakukan ujian pap smear. Rasa takut dan malu begitu tebal dalam diri mereka sehingga sanggup mengetepikan risiko yang mungkin akan dihadapi jika tidak dikesan daripada awal.

"Pap smear penting bagi wanita yang sudah melalui seksual aktif. Tetapi tidak ramai wanita yang sedar kepentingannya. 


DILEMA UNTUK MELAKUKANNYA
MELIHAT Spatula (alat seperti sudu itik), tidak salah kalau ada terselit rasa takut untuk menjalani ujian itu. Alatnya yang besar dan diperbuat daripada besi itu memang tidak terbayang di fikiran bagaimana cara ia dimasukkan.

Tidakkah bahagian dalam faraj boleh berdarah kerana tusukan besi pap smear berkenaan? Oh... tentu sakit rasanya. Bilangan doktor lelaki dalam bidang perbidanan dan sakit puan berbanding wanita memang tidak dinafikan. Rasa malu untuk menjalani ujian pap smear memang timbul jika pesakit terpaksa berhadapan dengan doktor lelaki. Bayangkan bagaimana hendak menutup muka berhadapan dengan doktor yang hendak memeriksa kemaluan kita! Inilah antara luahan yang sering diperkatakan oleh kaum wanita.

Mungkin ini antara persoalan besar yang sering wujud dalam fikiran wanita sebelum melakukan ujian pap smear.

Pap smear tidak menakutkan! Tidak juga menyakitkan atau boleh mengakibatkan pendarahan jika pesakit mengikut arahan daripada doktor ketika menjalani ujian. Perasaan malu tidak seharusnya timbul dan dibuang dengan segera jika inginkan jangka hayat anda berpanjangan.

Lazimnya doktor atau pembantunya akan memberi tunjuk ajar sebelum ujian dijalankan. Dari segi kedudukan, persediaan perasaan, turun naik nafas dan sebagainya akan diberitahu supaya pesakit akan dapat menjalani ujian ini dengan selesa. Jika pesakit mengikut arahan ujian boleh dilakukan hanya untuk beberapa minit sahaja.

KEPENTINGAN PAP SMEAR
Wujud 40 tahun yang lalu dan mula diperbaharui sedikit semi sedikit dari segi peralatan, cara pengambilan sel kulit dan ujian yang dibuat. Dr. Papinocolo dapat mengesan dan mencipta alat penguji ini dan beliau dipertanggungjawabkan untuk mengesan kanser yang disyaki ada pada faraj wanita.

Bahagian permukaan pangkal rahim akan dikaji sama ada sel kulit yang menyelaputinya berubah atau tidak. Jika ia berubah dari kulit yang asal kepada yang diragui, bermakna terdapat kesan awal kanser pada pangkal rahim wanita berkenaan.

Wanita yang sudah melalui hubungan seksual secara tidak langsung terdedah dengan risiko kanser pangkal rahim. Pap smear adalah satu alat penguji penting untuk mengesan kanser pangkal rahim dari awal.

Hubungan kelamin yang pertama sahaja sudah cukup menjadikan permukaan pangkal rahim terdedah dengan virus dan kuman pada permukaan pangkal rahim terdapat "transformation zone" yang diselaputi sel awal yang sensitif. Sel ini boleh berubah menjadi sel kanser jika terdapat tekanan daripada virus dan kuman.

Dalam masa dua atau tiga hari ujian, keputusan sama ada pesakit dijangkiti atau tidak kuman virus papiloma akan dapat dikesan. Virus papiloma atau dipanggil juga virus ketuat adalah penyebab utama pro kanser. Jika virus ini sudah mencapai 80%, pesakit berisiko tinggi untuk mendapat kanser pangkal rahim.

Tidak ada had umur tertentu bagi pengidap kanser pangkal rahim. Gadis yang sudah aktif dalam hubungan seksual dan baru berusia 16 tahun mungkin boleh mengidapnya.

Wanita yang telah mula dicemari dengan virus ini boleh membawa kepada maut jika tidak dicegah dari awal. Virus kanser ini boleh merosakkan sistem urat saraf dan memberi kesan kepada salur pernafasan.

Siapakah mereka yang paling berisiko tinggi? Semua wanita yang pernah melakukan seks adalah berisiko untuk dijangkiti kuman pada pangkal rahim. Tetapi yang paling berisiko tinggi dan digalakkan supaya melakukan pap smear dengan segera ialah:

* Wanita berusia muda yang sudah terdedah dengan hubungan seks.
* Mereka yang kerap bertukar pasangan.
* Mereka yang tidak menjaga kebersihan faraj sehingga mudah dijangkiti sebarang kuman.

BERAPA KALI UJIAN DIPERLUKAN?

Syor daripada kedoktoran Amerika Syarikat menggalakkan supaya wanita yang pernah melakukan seks menjalani ujian pap smear sekurang-kurangnya setahun sekali atau mengikut nasihat doktor. Wanita yang sering melakukan hubunga seks khususnya para isteri, disarankan 1 atau 2 tahun sekali. Mereka yang melebihi usia 40 tahun disyorkan setahun sekali.

Ujian pap smear tidak akan dilakukan dalam jarak waktu yang kerap kerana kadar pengesanan tidak ketara. Malah hasil ujian juga tidak akan dapat memberikan jawapan yang tepat.

Disyorkan, pada peringkat awal (pertama) melakukan seks terus melakukan ujian pap smear kerana dikhuatiri pasangan telah dijangkiti kuman atau virus.

Ujian pap smear memang tepat dan tidak pernah salah dalam memberikan jawapan. Oleh itu mereka yang sudah dikesan dijangkiti kuman, diwajibkan membuat ujian pap smear seterusnya atas nasihat doktor.

Kedudukan pesakit ketika menjalani ujian boleh mempengaruhi keputusan. Teknik pengambilan kulit pada permukaan pangkal rahim yang tidak tepat boleh menyebabkan kesukaran untuk mendapatkan keputusan.

Kedudukan pesakit yang disarankan ketika menjalani ujian ialah berdepan (seperti dalam proses bersalin) atau cara mengiring. Tetapi kedudukan berdepan lebih disarankan kerana ini memudahkan proses ujian.

Persediaan wanita sebelum ke klinik untuk melakukan ujian:

* Diigalakkan datang selepas haid kering atau dalam peringkat pertengahan pusingan haid.  -hari ke-10 ye slps haid..hehe..
* Tidak boleh bersama (melakukan seks) dua hari sebelum berjumpa doktor kerana ditakuti ciri-ciri yang dikesan mempengaruhi keputusan.
* tidak boleh menggunakan pencuci alat sulit sehari sebelum pemeriksaan.

terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca {entri dari kamela}

Tuesday, April 12, 2011

AWAS...Telur Tiruan..



Baru-baru ni kita diberitakan akan kehadiran sejenis telur tiruan yang ternyata mencemaskan para pengguna..apa taknya pengguna terdedah dengan kesan sampingan ke atas telur tersebut..huh... kat bawah ni merupakan perbezaan di antara telur tiruan dan telur asli..so uolls kena jaga2 ye..sekiranya terbeli telur tersebut..oppsss...jangan dimakan dong...buang ajer..n laporakan pada KPDNKK...hehehe...





Selain daripada cara di atas, telur tiruan juga boleh dikenalpasti dengan cara berikut:
1. Goncang telur. Bunyi kandungan telur tiruan lebih kuat sebab kandungannya lebih cair.
2. Bila dipecahkan, telur kuning dan telur putih terus bercampur
3. Bila dipecahkan ke dalam kuali, semasa hendak menggoreng, telur akan tersebar dengan sendiri tanpa disentuh.
Fried Fake Egg
4. Jika telur dan direbus atau semasa nak pecahkan telur, bunyi kulit telur tulen lebih rapuh berbanding dengan telur palsu.
5. Bau telur tulen lebih hanyir (bau seperti daging mentah).
Antara kesan bahan kimia yang terkandung dalam telur tiruan:
Glucolactone- Digunakan sebagai bahan pemejal (solidifier). Boleh menyebabkan ‘Metabolism disorder’.
Asid benzoic- Bahan pengawet. Berbahaya kepada otak, sel saraf. Boleh menyebabkan penyakit hati dan senile dementia (penyakit yang berkaitan dengan otak juga)
Kalsium Klorida- Bahan utama untuk membentuk kulit telur. Boleh menyebabkan penyakit hati dan saraf. Juga menganggu penhasilan sel darah.
Alum – Digunakan sebagai bahan pelembut. Kesannya sama seperti Kalsium Klorida.


terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca {entri dari kamela}

Monday, April 11, 2011

Peritnya TekakKu...



aduiii...sakit + gatal= batuk saja berterusan...alangkah tak selesanya bila keadaan tersebut berlaku pada diriku...bilalah agaknya nak sembuh...final exam tinggal cuma berbaki 2 minggu sahaja lagi..Ya Allah sembuhkan hambaMu ini..batuk batuk batuk...korang pun mesti tak suka kan dengan batuk ni..ia membuatkan diri kita ni berada dalam keadaan ketidakselesaan pada sepanjang msa..sabar jelah...ia juga sedikit sebanyak mnganggu rutin harian kita...tadi baru je p jumpa ngan Dokter..dia bagi 5 jenis ubat yg perlu dihabiskan..huhuhu...yg bestnya tu dia bagi MC..hehhe..dapatlah rehat2 kat umah..jom uolls kita kenalpasti apakah dia penyebab sakit tekak ni..


Sakit tekak merupakan gejala yang paling biasa berlaku di kalangan kanak-kanak mahupun dewasa, biasanya diikuti dengan gejala bersin dan batuk. Lazimnya ia juga merupakan penyebab kita berjumpa doktor dan dikenali sebagai demam selesema di kalangan orang ramai.


Sakit tekak adalah indikasi yang kerap kepada preskripsi antibiotik dalam masyarakat, memberi kesan kepada kos penjagaan kesihatan yang penting dan boleh menjurus kepada peningkatan daya tahan antimicrobial dengan sebaran luas dan penggunaan antibiotik yang tidak sesuai.

Agen Penyebab
Virus merupakan penyebab yang biasa kepada masalah sakit tekak jika dibandingkan dengan patogen bakteria.

Kumpulan A Streptococci adalah bakteria yang paling biasa penyebab kepada jangkitan pada saluran tekak yang akut, kira-kira 15%-30% kes di kalangan kanak-kanak.Ia merupakan satu satunya bentuk jangkitan tekak yang biasa di mana rawatan antibiotik diperlukan.



Tanda dan Gejala
Gejala-gelaja demam biasanya timbul pada 1 hingga 3 hari selepas terdedah kepada virus demam selsema. Tanda dangejala demam selesema termasuklah:

• Hingus meleleh

• Gatal dan sakit tekak

• Batuk
• Rasa sesak
• Sakit-sakit badan atau sakit kepala ringan
• Kerap bersin
• Mata berair.
• Demam dengan suhu tidak terlalu tinggi
• Kepenatan



Sakit tekak yang disebabkan oleh jangkitan bakteria, tanda dan gelaja adalah seperti berikut:
Gejala di kalangan kanak-kanak atau orang dewasa biasanya demam panas dan toksik (sakit yang lebih teruk)

Gejala

• Sakit tekak secara tiba-tiba, rasa sakit semasa menelan makanan, demam, sakit kepala, sakit di bahagian abdomen, loya dan muntah.

Tanda
• Tidak semua pesakit memperolehi sindrom yang teruk secara keseluruhan dan dalam banyak kes, sindrom adalah ringan dan tidak ketara. Kemerahan dan cairan pada rongga mulut dan bintikan pada lelangit (petechiae), bengkak kemerahan pada uvula, bengkak dan keras pada anterior nodus cervical dan ruam.
Komplikasi
Kebanyakan sakit tekak tidak membawa apa-apa komplikasi.
Komplikasi akibat Kumpulan A Streptococcal pada jangkitan farinks termasuklah sama ada bernanah dan tidak bernanah.
Komplikasi bernanah adalah nanah pada peritonsillar (PTA) dan nanah pada retropharyngeal RPA). Nanah pada peritonsillar adalah komplikasi yang paling biasa dalam kes jangkitan tonsil akut. Kira-kira 15-36% pesakit yang mengalami PTA adalah mereka yang pernah mengalami jangkitan oropharyngeal. Komplikasi tanpa nanah pula termasuklan demam sakit-sakit sengal tulang akut, masalah ginjal (buah pinggang akut) dan arthritis yang reaktif. Komplikasi tanpa nanah yang paling penting ialah demam reumatik akut yang berlaku lebih kurang 3 minggu selepas streptococcal pharyngitis.



Rawatan
Perawatan sakit tekak termasuklah:

Rawatan berdasarkan gejala.

Virus merupakan agen penyebab utama dalam kes sakit tekak. Rawatan yang dibuat mengikut gejala adalah sudah memadai.

1. Rawatan umum termasuklah mengekalkan pengambilan cecair (minum air) dan kumur dengan air suam.
2. Pengambilan Paracetamol adalah efektif dan selamat selamat segi analgesic dan antipyretic. Ia merupakan pilihan ubat untuk analgesia dalam sakit tekak. Pengambilan aspirin tidak digalakkan untuk kegunaan umum terutamanya untuk kanak-kanak kerana berisiko untuk sindrom Reye's.
3. Agen Anti-Inflammatory Bukan Steriod (NSAIDs) Ibuprofen (NSAID) telah meningkat penggunaannya sekarang untuk rawatan kesakitan dan demam di kalangan kanak-kanak dan orang dewasa yang mengalami sakit tekak.
4. Lozenges (ubat kemam) untuk tekak dan ubat kumur kerap digunakan, dan ianya boleh membantu meredakan sakit tekak dan melegakan rasa ketidakselesaan tekak.


Terapi Antibiotik

Hanya sedikit peratusan sakit tekak disebabkan oleh bacteria (kumpulan A Streptococci) yang menyebabkan demam reumatik akut. Penggunaan antibiotik mengurangkan kejadian komplikasi dengan nanah dan dengan bukan nanah akibat sakit tekak. Oleh itu, bagi pesakit yang mengalami pharyngitis akut, keputusan klinikal yang biasanya perlu dilakukan adalah sama ada pharyngitis adalah berkaitan dengan Kumpulan A Streptococci. Pesakit yang mengalami streptococcal pharyngitis akut perlu menerima terapi seperti penicillin dan penicillin semi sintetik, ampicillin dan amoxicillin. Penggunaan Erythromycin adalah sesuai digunakan sebagai alternatif untuk pesakit yang alah kepada penicillin.


harap2 lepas ni aku bleh sembuh dan sihat seperti sediakala...Aminn...  uolls pun kena jaga kesihatan juga tau..nti kena batuk2 uolls sndri yang susah n tak selesa nti..Bye.. :)



terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca {entri dari kamela}

Thursday, April 7, 2011

Im back..hehehe...

Agak lama rasanya aku ni menyepi dlm mengUpdate blog ni almaklumlah dengan ke Busyan yang teramat2 nda pula sempat jenguk2 blog ni..cian myBlog..ehe..alahai sakit pula mendatangiku..bukan tak meredahi pemberian Allah SWt ni cuma tak tahan dengan skit2 semacm ni..rasanya ia sedikit sebanyak menggangu kehidupan seharian di samping tugas2 yang ingin ku buat..namun aku tetap redha..ada hikmah sebenarnya atas semua itu..Fuhhh..sekejap td baru sahaja selesai buat asaiment rencana tajuk kedua..coz tjuk pertama dulu bukan priority pertama encek pensyarah so terpaksalah mengubah kembali tajuk rencana tersebut...tajuk pertama ari tu Amalan Tradisi Menyumbang Pembaziran...dek kerna seperti yang i told tadi encek pensyarah tak suka..maka aku tukarlah tajuk tentang Batu Sumpah Keningau : Sejarah Yang Dilupakan..lau nda juga encek pensyarah tu trima..alahaiii..biar suruh dia jahlah buat sendiri..haahahahaha....(joking)..ehe....So...kepalaku ni adalah sikit kurang beratnya coz rencana tu dah aku siap tinggal lagi nak prepare untuk dibentangkan sabtu ni...chaiyo2.....k nti jumpa di post strusnya ye uolls..bYe... :)


terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca {entri dari kamela}