Tuesday, September 27, 2011

Header baru lagi..

salam uolls..wahh sejak ada photoshop ni..cam ketagih pulak mau buat header ni..walaupun tak brpa cantik tapi kira oklah kan uolls..hehe..Tadaa.. ni la header baru aku..hehe..saya budak baru belajar lau tak cantik jangan ketawakan but tolng ajarkan ye uolls..hehe...


terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca {entri dari kamela}

Sunday, September 25, 2011

wahh Mia Best Actress KidsLah..ComeLnyerr..

Congrates buat adik mia kita sorg ni coz terpilih sebagai pelakon terbaik kanak2 bg kategori perempuan..memang layak pun cik adik kita ni merangkul gelaran tu..kecik2 dah berbakat besar dalam bidang lakonan..lagi satu adik ni comelLah sesangat...jom layan pic adik mia ni.. :)




terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca {entri dari kamela}

Thursday, September 22, 2011

Penawar Sakit Cemburu..


nak sharelah petikan ni..best sgt mau baca.. 
SEDANGKAN lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri’ adalah bidalan Melayu yang membawa pengertian dalam mengharungi hidup berumah tangga, khususnya dalam hubungan antara suami dan isteri, perselisihan adalah satu kemestian.
Perselisihan adalah satu perkara yang tidak dapat dielakkan. Namun, ia boleh diperbaiki, dengan menggunakan cara yang bijaksana dan bertoleransi.
Banyak sebab yang menjadi punca perselisihan. Antaranya kerana mentua, jiran, teman-teman, anak-anak, malah perkara asas dalam kehidupan juga mampu mencetuskan pergaduhan dalam rumah tangga sehingga lauk yang terlupa dimasukkan garam, atau air kopi yang terlupa ditambah gula.
Paling meruncing ialah apabila masing-masing mula cemburu terhadap satu sama lain, sama ada mereka mempunyai bukti nyata atau hanya berupa prasangka sahaja.
Perkara sedemikian jika dibiarkan berterusan akan melarat sehingga tercipta penceraian dalam rumahtangga.
Ada di kalangan masyarakat yang menganggap perselisihan rumah tangga sebagai garam di dalam lauk. Tanpa perselisihan, rumah tangga hambar dan tawar, umpama lauk tidak bergaram.
Namun, garam itu hendaklah diletak secara berpada-pada supaya tidak terlalu banyak sehingga boleh merosakkan lauk sebelanga.
Perkara inilah yang harus diperhatikan oleh setiap insan yang bertekad mahu mendirikan rumah tangga. Ia juga perlu menjadi renungan pasangan suami dan isteri yang menerajui bahtera hidup berumah tangga.
Sesungguhnya, perkahwinan adalah satu cabaran yang harus dihadapi oleh setiap kaum lelaki. Dalam perkahwinan, suami akan berkongsi hidup dengan isteri.
Biarpun seburuk mana isteri namun seharusnya terimalah seadanya seperti yang terungkap semasa akad.
Kata pujangga, perempuan bagaikan angin, lembutnya melenakan, ributnya pula mampu menggusarkan.
Adakalanya mereka seperti ibu menyaji kasih, menghidang sayang malah adakalanya mereka seperti anak yang ingin dibelai, minta dimanjakan seperti anak kecil namun adakalanya mereka seperti nenek yang sering berleter seadanya, merungut semahunya.
Namun, bahagia dan derita hanya kita yang mencorakkan sendiri
Mendirikan sebuah rumah tangga biarpun untuk ke sekian kali namun memerlukan kematangan dan kedewasaan fikiran dan perasaan.
Kematangan bererti kemampuan seseorang menahan marah dalam suasana krisis dan perselisihan serta dapat menyelesaikan masalah tanpa menggunakan kekerasan dan menjauhi segala cara yang boleh membawa kepada keruntuhan perkahwinan itu.
Sebagai bukti kepada kematangannya, seseorang itu sanggup mengaku salah apabila benar-benar bersalah dan tidak cuba menyalahkan orang lain apabila berpeluang berbuat demikian.
Bagi Islam, rumah tangga perlu ditegakkan atas asas cinta dan kasih sayang.
Perkara ini jelas dalam firman Allah yang bermaksud: “Dan di antara keterangannya juga, bahawa ia menjadikan isteri bagimu yang sebangsa dengan kamu, supaya kamu boleh diam bersama-sama dengan dia, serta berkasih sayang dan cinta menyintai.” (Surah Ar Rum, ayat 21).
Cinta dan kasih sayang yang dimaksudkan bukanlah hasil daripada cinta pandang pertama tetapi ia lahir daripada rasa tanggungjawab mengikut amanah dan kepercayaan, serta tidak dipengaruhi oleh kehendak kebendaan atau nafsu.
Rasa cinta sebegini boleh membawa suami sentiasa bersikap matang dan sihat dalam segala layanannya terhadap isteri dan di kala menghadapi krisis rumah tangga yang tidak dapat dielakkan.
Suasana rumah tangga akan menjadi lebih mesra dan ceria apabila suami mengenali diri isterinya sebagai manusia yang mudah tersinggung dan mudah terasa.
Suami jangan sekali-kali cuai dan lupa memberi penghargaan kepada peranan isteri sebagai suri rumah tangga yang benar-benar bertanggungjawab.
Sebenarnya, tidak susah bagi suami membisikkan kata-kata pujian ke telinga isterinya setiap kali menikmati masakan atau melihatnya berpakaian baru. Berilah hadiah, walaupun kecil, sebagai tanda penghargaan suami terhadap isteri apabila menyambut hari jadinya.
Termasuk dalam penghargaan juga ialah memberi sangkaan baik terhadap tingkah laku isteri, tidak memperlihatkan apa-apa kecurigaan terhadap kejujuran dan keikhlasan isteri, tidak cuba mengintip gerak- gerinya kerana didorong rasa cemburu yang melulu.
Sesungguhnya, rumah tangga yang bahagia dapat diwujudkan hasil kerja keras, saling mengerti, tolong menolong dan persefahaman antara suami dan isteri.
Dalam mengemudi bahtera sebuah rumah tangga, suami berperanan sebagai nakhoda kapal yang bertanggungjawab mengendali dan menjaga keselamatan seisi anak kapal.
Manakala isteri pula berperanan sebagai jurumudi yang mengawal haluan bahtera. Paduan erat antara keduanya mampu menyelamatkan bahtera dan seluruh isinya daripada tenggelam dilanda badai dan gelora.
sumber: islam itu indah

terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca {entri dari kamela}

Wednesday, September 21, 2011

Cam Buku Cerita Dongenglah Kad Kawen Nabil. :)

Ha ni dia kad unik undangan para tetamu sempena hari berbahagia Nabil & Zira..comel kan uolls.. Jom layanz...



terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca {entri dari kamela}

Foto Pra Perkahwinan Memey & Norman Hakim.

hah..tak lama lagi pasangan kedua mempelai ni akan melangsungkan majlis perkahwinan mereka..semoga ikatan yang bakal menyatukan kedua pasangan ini akan berkekalan hingga ke akhir hayat. aminn.......jom layan gambar2 pra perkahwinan mereka berdua ni..  :)





sumber: rotikaya.com

terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca {entri dari kamela}

10 Peserta Program Realiti Solehah - AlHijrah.

Salam uolls.. bermula 23 sept 2011 akan bakal berlangsung pencarian siapakah yang bakal dinobatkan sebagai pemenang wanita Solehah..kat bawah ni merupakan senarai 10 peserta yang akan berusaha sedaya mereka untuk mendapatkan gelaran tersebut.. :)



ni dia Pengacara program ni.. :)

Solehah


Solehah

terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca {entri dari kamela}

Tuesday, September 20, 2011

Semua Orang Melakukan Kesilapan


Photobucket

Manusia tidak boleh lari dari kesilapan . Sesempurna  mana pun seseorang itu akan tetap melakukan kesilapan . maka melalui  kesilapan itu la , kita dapat mengelakkan daripada membuat kesilapan yang sama buat kali yang  kedua . 

sebagai Contoh gadis di atas , ramai yang mengetahui beliau seorang yang menutup aurat . Tetapi, gara2 gambar ini , semua orang menghentam beliau , mencaci beliau kerana tidak menjadi contoh kepada remaja zaman sekarang . 

tak usahlah kita menghentam membabi buta..kita bukan tau hujung pangkalnya..kita bukan Tuhan untuk menghukum manusia seperti kita..namun semua org bebas membuat pandangan masing2..apa2 pun kita ambik je la iktibar..mana yang baik jadikan tauladan dan mana yang tak baik itu kita jadikan sempadan. :)


terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca {entri dari kamela}

Monday, September 19, 2011

Manisnya Ct Nordiana Bertudung.. :)


salam uolls.. manis kan ct nordiana ni bertudung.. haa ni lah hijrah baru penyanyi ni..katanya mau mengekalkan imej bertudung ni sampai bila2.. ni komen ct nordiana tentang imej terbarunya. :)
“Keputusan saya memakai tudung ini bukanlah disebabkan fesyen semata-mata, tetapi ini adalah imej terkini saya dan berharap ia akan kekal sampai bila-bila.”
“Lagipun perubahan imej yang saya lakukan ini adalah satu kesedaran terhadap tanggungjawab sebagai seorang wanita muslim,” 
semoga perubahan beliau ni diterima baik oleh semua pihak.. :)

terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca {entri dari kamela}

Wednesday, September 14, 2011

Wow org hitam pun cantik Maa,..:)

Miss Angola Leila Lopes is crowned by Miss Universe 2010 Ximena Navarrete of Mexico after being named Miss Universe 2011 in Sao Paulo

Salam. uolls kenal tak sapa kat gambar atas tu..hehe..cantik tak uolls nampak..haa tu lah dia miss universe 2011..namanya Angola's Lopes..jangan mcm2 uolls..orang hitam pun bleh jadi wanita tercantik dunia uolls..sebenarnya cantik ni terlalu sukar tuk diintrepretasi..lain mata lainlah presepsinya kan..orang cakap tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tiada siapa yang tahu.  kiranya tuah menyebelahilah kan kat miss Angola's ni kerana berjaya dinobatkan sebagai Miss Universe bagi tahun 2011. tahniah diucapkan.. :)

jom layan gambar2 Miss Universe 2011 ni.. :)

Miss Angola Leila Lopes reacts after being named Miss Universe 2011, before being crowned at the Miss Universe pageant in Sao Paulo, Brazil, Monday Sept. 12, 2011. (AP Photo/Andre Penner)

Miss Angola Leila Lopes, right, and Miss Ukraine Olesia Stefanko react after Lopes was named Miss Universe 2011 and Stefanko first runner up at the Miss Universe pageant in Sao Paulo, Brazil, Monday S

Miss Angola Leila Lopes is crowned by Miss Universe 2010 Ximena Navarrete of Mexico after being named Miss Universe 2011 in Sao Paulo

Miss Angola Leila Lopes is crowned Miss Universe 2011 by Miss Universe 2010 Ximena Navarrete, of Mexico, in Sao Paulo, Brazil, Monday Sept. 12, 2011. (AP Photo/Andre Penner)

Miss Angola Leila Lopes participates in the Miss Universe 2011 pageant in Sao Paulo

wakil kita satu-satunya iaitu Deborah Henry juga tidak kurang cantiknya namun seperti yang aku cakap tadi mungkin nasib tak menyebelahinya kan.. hehe...Miss Malaysia cuba lagi next time ye.. :)



sumber gambar: Reuters/PAULO WHITAKER / solstice

terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca {entri dari kamela}

Tuesday, September 13, 2011

Gambar Yusry & Lisa di Majlis Rumah Terbuka Raya.. :)


Salam uolls..masih dalam mood raya bah kan..hehe..Pic kat bawah ni merupakan gambar lisa & mr Rightnya Yusry masa rumah terbuka raya Norman abang kepada yusry ni...Dua keping gambar ini di’rakamkan oleh Eyelogue Media ketika majlis rumah terbuka Norman KRU tempoh hari. Lisa Surihani & Yusry KRU nampak manis bersama.
Sedikit kisah terbaru Lisa Surihani, aktress hangat di’pasaran ini akan muncul sekali lagi bersama Mia Sara di’layar perak untuk filem Papa, I Love You yang menampilkan hero baru Zalif Sidek.
Lagi gambar Lisa Surihani bersama Yusry KRU selepas ini. Tidak anda rasa 2013 terlalu jauh untuk pasangan sudah mampu kahwin ini untuk berkahwin?layan gambar dorg yg manis n encom ni..hehe...




terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca {entri dari kamela}

Budak Hisap Susu Segar Terbaik dari Ladang.. :)

Andu bah ni budak cian..selalu kita dengar budak menyusu dengan ibu or dengan botol susu ni lain pula kejadiannya kat negara Filipina..budak ni menyusu langsung pada puting ibu lembu..pelbagai perasaan ada..cian, pelik, lucu...hehe..ada juga rupanya ye.... kanak-kanak lelaki di Kemboja yang berusia 20 bulan mula menyusu dengan lembu setelah ibu dan bapanya pergi mencari pekerjaan di kawasan bandar. Kanak-kanak tersebut tinggal bersama datuknya. 



Dia mula menyusu dengan lembu setelah melihat anak lembu tersebut juga melakukan perkara yang sama. Datuknya telah melarang tetapi dia meronta-ronta ingin menyusu dengan lembu tersebut.  jom layan gambar2 budak tu menikmati susu segar dari ladang..hehehe...sib baik ibu lembu tu tak meradang kat budak tu kan..hehehe







terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca {entri dari kamela}

Congrates 4 my sis 4 the New Born Baby Boy

Salam uolls wahhh lama benar nda update kan..heee..uikss panjang sungguh tajuk entri aku tu kan uolls..hehehe..entri kali ni nak kongsi kegembiraan ngan uolls dengan kehadiran sorang lagi cahaya mata buat family kitorang..baby ni merupakan anak pertama bagi adik pompuan aku..baby ni lahir tanggal 11.09.11..waahh..anak September Eleven gitu..bertuah gak baby ni lahir pada genap 10 tahun tragedi WTC kat Amerika tu..mudah sgtlah nak mengingat befday baby nanti..baby lahir jam 10 pm dengan berat semasa lahir..3.65kg..mak oii berat tu anak aku ritu lahir baru 3.20kg pun separuh mati mau kuarkan..anyway tahniah buat adikku Nurul Hatizah & Hubbynya dengan kelahiran anak pertama mereka..:)..





terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca {entri dari kamela}