Tuesday, April 12, 2011

AWAS...Telur Tiruan..



Baru-baru ni kita diberitakan akan kehadiran sejenis telur tiruan yang ternyata mencemaskan para pengguna..apa taknya pengguna terdedah dengan kesan sampingan ke atas telur tersebut..huh... kat bawah ni merupakan perbezaan di antara telur tiruan dan telur asli..so uolls kena jaga2 ye..sekiranya terbeli telur tersebut..oppsss...jangan dimakan dong...buang ajer..n laporakan pada KPDNKK...hehehe...





Selain daripada cara di atas, telur tiruan juga boleh dikenalpasti dengan cara berikut:
1. Goncang telur. Bunyi kandungan telur tiruan lebih kuat sebab kandungannya lebih cair.
2. Bila dipecahkan, telur kuning dan telur putih terus bercampur
3. Bila dipecahkan ke dalam kuali, semasa hendak menggoreng, telur akan tersebar dengan sendiri tanpa disentuh.
Fried Fake Egg
4. Jika telur dan direbus atau semasa nak pecahkan telur, bunyi kulit telur tulen lebih rapuh berbanding dengan telur palsu.
5. Bau telur tulen lebih hanyir (bau seperti daging mentah).
Antara kesan bahan kimia yang terkandung dalam telur tiruan:
Glucolactone- Digunakan sebagai bahan pemejal (solidifier). Boleh menyebabkan ‘Metabolism disorder’.
Asid benzoic- Bahan pengawet. Berbahaya kepada otak, sel saraf. Boleh menyebabkan penyakit hati dan senile dementia (penyakit yang berkaitan dengan otak juga)
Kalsium Klorida- Bahan utama untuk membentuk kulit telur. Boleh menyebabkan penyakit hati dan saraf. Juga menganggu penhasilan sel darah.
Alum – Digunakan sebagai bahan pelembut. Kesannya sama seperti Kalsium Klorida.


terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca {entri dari kamela}

No comments:

Post a Comment