Monday, June 27, 2011

Potong Baju..Jahit Kain..

hi uolls..baru mau update blog balik..hehe...tapi tiba2 tgok tajuk entri apa kehel nya aku ngan tajuk mcm tu kan..hehe..tuk pengetahuan uolls ni lah dilema bila nak hantar kain tuk buat baju baru..ala baju tuk pakai p keja..baju kurung asli ke, moden ke, pahang ke..n so on..hihihi..skrg ni susah sgt nak cri tempat nak potong kain kat tempat aku ni..lau ada pun..alahai lama bebenor lah siap di bikin..apa taknya  baju aku yg dr tahun lalu lagi d hantar blum lah siap2 smpi sekarang..huhu..ada lagi pula kedai jahit tu cas upah punyalah mahal..baik bli yg readymade..huhu..na sapa suruh kan nda pandai blajar menjahit sendiri..emm lau menjahit tu aku pandailah sikit2..tapi lau masuk bab2 potong kain tu  baik jgn bg kat aku..fuhh alamat jadi kain pengelap mejalah jadinya..hehe..sebenarnya bukan tak minat uolls..minat tp ntahlah mungkin takda bakat lah tu kan..dulu penah gak lah try2 potong kain sendir..jadi juga baju tp..tak cantik..nak pakai pun malu..hehhe.. tambah2 lagi sekarang dah nak dekat raya mulalah kedai2 jahit tutup nak trima tempahan..sepa suruh malar beli kain kat online skrg na sudah berlambak..tukang jahit pula takda..hehe..sabar je la..lau mcm ni kenalah blajar btl2 cara nak potong kain..bleh gak berjimat kos upah jahit kain kan..hehe..emm kat bawah ni ada contoh cara nak potong kain kurung asli yang mudah.(.mudah2 pun nda juga pandai bikin..huhu..)

TUTORIAL CARA MENJAHIT BAJU KURUNG.
Ukuran:
1-Lebar Bahu
2-Labuh badan
3-Labuh tangan
4-Lebar bukaan tangan
5-Kekek (4? x 4?)
6-Pesak
7-Lubang Leher
Cara di bawah adalah cara yang mudah.
Menggunakan kain interfacing, potong mengikut lubang leher di antara tengah badan baju (dilipat 2). Panjang bukaan dada untuk masukkan kepala nanti adalah 4inci.
Lukis mengikut bulatan menggunakan pensil beserta garisan lurus bukaan dada. Sematkan pin sebelum jahit mengikut garisan.
Terlebih dahulu, tandakan dengan snap kecil menggunakan gunting pada badan baju dan interfacing sebelum interfacing di padankan di baju.
Jahit sekeliling garisan dan terbalikkan (arah betul kain). Gosok dan kemaskan. Anda boleh jahit tindan sekali lagi untuk kemasan.
Hasilnya begini…
Sediakan kekek, pesak dan tangan baju (1,2 & 3)
Cantumkan kekek pada pesak baju. Jahit 1/2 inci lebih.
Kemaskan. Dan jahit pesak dari bawah kekek ke bawah.
Cantumkan pesak pada tangan baju
Cantumkan kedua belah pesak pada badan baju.
Kemaskan jahitan dan potong lebihan pada bawah kaki baju.
Kemaskan juga dengan jahitan tangan (silang pangkah) pada bawah tangan serta kaki baju.

selamat mencuba tuk aku n uolls yah..hehe..

terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca {entri dari kamela}

Sunday, June 19, 2011

Jom Beli Baby Tights.. Comelnye..

Salam uolls..haa..entri kali ni memang lari btl drpd entri2 sblum ni..hehe..entri ni kira promosilah konon baby tights yg comel2 belaka buat baby2 yang comeloteh..hehe..jom tgok2 manatau ada yang berkenan..hehe..murah2 je..layanzz...

Setiap Corak Ada 3 Jenis Saiz
Saiz 70 - Up to  9KG
Saiz 80 - Up to 11KG
Saiz 90 - Up to 13KG



Baby Girl wearing size 70 - 10 bln.



Baby boy wearring size 90 -1 thn 6 bln..





Set for Boy..



Boy set


girl set


girl set




Set for Girl..



Sapa2 yang berminat bleh sms: 0138635046 or komen kat bwh ye.. :).. Slmt Bersoping.
terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca {entri dari kamela}

Thursday, June 16, 2011

Gerhana oh Gerhana...

Awal pg tadi berlaku satu lagi fenomena alam yang jarang2 berlaku iaitu gerhana bulan penuh  antara jam 1.25 pagi dan 7.01 pagi.  Fasa penumbra (P1) akan berlaku pada jam 1.25 pagi namun kesan kenampakan gerhana masih tidak dapat diperhatikan memandangkan bulan merentasi bayang penumbra yang kurang gelap.  “Gerhana yang jelas dapat dilihat semasa bulan memasuki bayang umbra bumi (U1) mulai jam 2.23 pagi sehingga gerhana maksimum berlaku pada jam 4.13 pagi.  “Bulan akan mula keluar dari bayang umbra bumi (U3) pada jam 5.03 pagi dan keluar sepenuhnya dari bayang Bumi (U4) pada jam 6.02 pagi.  Gerhana masih terus berlaku sehingga jam 7.01 pagi tetapi fenomena tersebut tidak dapat disaksikan pada waktu terbabit kerana bulan berada di kawasan bayang penumbra bumi yang kurang gelap.


Image kedua .. Penumbra jam 2.23 am
Gerhana Bulan Penuh, 15 Jun 2011 3.04 am dari Masjid Negara, KL


Fenomena Gerhana Bulan Penuh kali ini merupakan fenomena yang jarang berlaku dimana Bulan akan melewati pusat bayangan bumi dan peristiwa ini hanya pernah terjadi 11 tahun dahulu. Seterusnya, fenomena Gerhana Bulan Penuh sebegini hanya akan berlaku pada 27 Julai 2018. Para saintis menganggarkan fasa Gerhana Bulan Penuh ini akan berlangsung selama 100 minit.

Fasa Gerhana Bulan Penuh
1.25 am – Bulan mula memasuki “Penumbra”
2.23 am – Bulan mula memasuki “Umbra”
3.23 am – Bulan mula mengalami fasa gerhana penuh
4.13 am – Gerhana Maksimum
5.03 am – Bulan mula keluar dari “Umbra”
6.02 am – Bulan keluar sepenuhnya dari “Umbra”
7.01 am – Bulan keluar sepenuhnya dari “Penumbra”



untuk pengetahuan uolls "Kejadian gerhana bulan ini berlaku apabila matahari, bumi dan bulan berkedudukan sejajar. Fenomena ini berlaku apabila keseluruhan bulan melalui kawasan bayang-bayang bumi." Pada saat ini, keseluruhan rupa bulan mungkin sukar untuk dikesan kerana ia berkeadaan kelam. Ini disebabkan bulan terselindung oleh bayangan bumi iaitu umbra.Fenomena ini terjadi secara berperingkat,Untuk pengetahuan anda gerhana bulan adalah selamat untuk dilihat dengan mata kasar dan rakaman imej juga boleh dibuat dengan sebarang alat rakaman kerana ia tidak berbahaya.

terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca {entri dari kamela}

Wednesday, June 15, 2011

Selamat Bersara..Jasamu Tetap Dikenang



Salam uollss..baru berkesempatan update blog ari ni..almaklumlah tengah naik tahap kebosanan yang melampau2..hehe..uikss..terover lah pulak...wahh..tgok pada tajuk entri sapa yg nak bersara..uii aku?..hehe..bukan uolss lau aku sudah pasti bukanlah..coz aku ada dalam 30 tahun lagi tempoh perkhidmatan sebelum bersara..uiss lama benar lagi pula..huhu..moga2 panjang umurlah kan..Aminn..tuk pengetahuan uolls yang nak bersara tu yg aku maksudkan ialah our big bos a.k.a principle..18hb jun merupakan tarikh akhir tugas dan punch card beliau dalam perkhidmatan awam coz kena bersara wajib pilihan 58 tahun pada 19 jun 2011...dan besok hari ada sambutan persaraan our principle peringkat skola kat dewan skola..N acara kemuncak ialah dinner kat hotel perkasa..pada 17hb jun..semoga beliau akan happy pada masa2 akan datang.. K akhir kata buat pengetua good luck atas apa juga pekerjaan yg dilakukan selepas dari bersara..sayonara..panjang umur jumpa lagi.. (..jumpa jg..kan satu kg..hehehe)..tata... :)






terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca {entri dari kamela}

Sunday, June 12, 2011

Selesai..

wahh..lmbt pula update blog, sepatutnya kemarin bh mau update tp sibuk pula..hehe..haa ni update last tentang sukan saga v..biasalah kan sukan saga sudahpun melabuhkan tirainya pada hari kelmarin..nampak gayanya..syukur2 juga adalah kesempatan p melehat sukan saga v pada petang hari jumaat ari tu..tgok final badminton..keningau vs sandakan yang memihak pada team keningau yang berjaya mengalahkan team sandakan..hehe..congrates..pastu meninjau2 pula kat gerai2 yang dibuka di sepanjang jalan..jam 6.00pm balik rumah besiap2 pula nak tgok final football keningau vs kota kinabalu...hehe...jam 8.00pm betolak g stadium kompleks sukan keningau..mak oii..punyalah jamed..langsung takda parking..adooyaiii..mau tak mau tepaksalah paking belapis2..hihi..nasib baik pak polisi tak lekat surat chenta..hehe..punyalah best uolls perlawanan tu..tak rugi datang..bnyk jugalah insiden yg berlaku..mana lagi goal keeper KK yang dilayangkan kad merah buang padang..pastu emergency lagi dihantar ke hospital atas kecederaan yg menimpanya..kesian juga..tp salah dia juga buat tackle keras kat pemain keningau..apakan daya..dgn berbaki 10 pemain dan memasukkn penjaga gol simpanan..ternyata benteng KK nampaknya goyah dengan kekuatan team Keningau..habis di belasah dengan jaringan 4-0..lau 2 gol tak dibatalkan..na teruk gak dibelasah KK tu..hehe..apa2 pun tahniah bt team bola sepak keningau kerana berjaya dalam final football..memang mantap la..hehe.. k la uolls..kat bwh ni result keseluruhan sukan saga V yerr..hehe..k layanzzss... :)

Keputusan Keseluruhan (Pungutan Pingat)

Kemaskini Sukan > Keputusan
Bil
Daerah
Emas
Perak
Gangsa
Jumlah Pingat
Kedudukan
1
Daerah Kota Kinabalu
50
51
48
149
1
2
Daerah Keningau
35
19
26
80
2
3
Daerah Sandakan
24
18
34
76
3
4
Daerah Tawau
22
29
16
67
4
5
Daerah Tambunan
20
16
9
45
5
6
Daerah Tuaran
18
14
12
44
6
7
Daerah Papar
15
18
16
49
7
8
Daerah Penampang
8
5
11
24
8
9
Daerah Kudat
7
7
6
21
9
10
Daerah Ranau
4
7
13
24
10
11
Daerah Tenom
4
7
8
19
11
12
Daerah Lahad Datu
3
5
11
19
12
13
Daerah Putatan
3
3
6
12
13
14
Daerah Beaufort
3
0
10
13
14
15
Daerah Kota Belud
1
6
13
20
15
16
Daerah Sipitang
1
1
4
6
16
17
Daerah Kinabatangan
1
0
7
8
17
18
Daerah Tongod
1
0
3
4
18
19
Daerah Kota Marudu
0
4
2
6
19
20
Daerah Nabawan
0
3
10
13
20
21
Daerah Beluran
0
1
2
3
21
22
Daerah Pitas
0
0
2
2
22
23
Daerah Semporna
0
0
1
1
23
24
Daerah Kunak
0
0
1
1
24
25
Daerah Kuala Penyu
0
0
0
0
0

wassalam... :)




terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca {entri dari kamela}