Monday, June 27, 2011

Potong Baju..Jahit Kain..

hi uolls..baru mau update blog balik..hehe...tapi tiba2 tgok tajuk entri apa kehel nya aku ngan tajuk mcm tu kan..hehe..tuk pengetahuan uolls ni lah dilema bila nak hantar kain tuk buat baju baru..ala baju tuk pakai p keja..baju kurung asli ke, moden ke, pahang ke..n so on..hihihi..skrg ni susah sgt nak cri tempat nak potong kain kat tempat aku ni..lau ada pun..alahai lama bebenor lah siap di bikin..apa taknya  baju aku yg dr tahun lalu lagi d hantar blum lah siap2 smpi sekarang..huhu..ada lagi pula kedai jahit tu cas upah punyalah mahal..baik bli yg readymade..huhu..na sapa suruh kan nda pandai blajar menjahit sendiri..emm lau menjahit tu aku pandailah sikit2..tapi lau masuk bab2 potong kain tu  baik jgn bg kat aku..fuhh alamat jadi kain pengelap mejalah jadinya..hehe..sebenarnya bukan tak minat uolls..minat tp ntahlah mungkin takda bakat lah tu kan..dulu penah gak lah try2 potong kain sendir..jadi juga baju tp..tak cantik..nak pakai pun malu..hehhe.. tambah2 lagi sekarang dah nak dekat raya mulalah kedai2 jahit tutup nak trima tempahan..sepa suruh malar beli kain kat online skrg na sudah berlambak..tukang jahit pula takda..hehe..sabar je la..lau mcm ni kenalah blajar btl2 cara nak potong kain..bleh gak berjimat kos upah jahit kain kan..hehe..emm kat bawah ni ada contoh cara nak potong kain kurung asli yang mudah.(.mudah2 pun nda juga pandai bikin..huhu..)

TUTORIAL CARA MENJAHIT BAJU KURUNG.
Ukuran:
1-Lebar Bahu
2-Labuh badan
3-Labuh tangan
4-Lebar bukaan tangan
5-Kekek (4? x 4?)
6-Pesak
7-Lubang Leher
Cara di bawah adalah cara yang mudah.
Menggunakan kain interfacing, potong mengikut lubang leher di antara tengah badan baju (dilipat 2). Panjang bukaan dada untuk masukkan kepala nanti adalah 4inci.
Lukis mengikut bulatan menggunakan pensil beserta garisan lurus bukaan dada. Sematkan pin sebelum jahit mengikut garisan.
Terlebih dahulu, tandakan dengan snap kecil menggunakan gunting pada badan baju dan interfacing sebelum interfacing di padankan di baju.
Jahit sekeliling garisan dan terbalikkan (arah betul kain). Gosok dan kemaskan. Anda boleh jahit tindan sekali lagi untuk kemasan.
Hasilnya begini…
Sediakan kekek, pesak dan tangan baju (1,2 & 3)
Cantumkan kekek pada pesak baju. Jahit 1/2 inci lebih.
Kemaskan. Dan jahit pesak dari bawah kekek ke bawah.
Cantumkan pesak pada tangan baju
Cantumkan kedua belah pesak pada badan baju.
Kemaskan jahitan dan potong lebihan pada bawah kaki baju.
Kemaskan juga dengan jahitan tangan (silang pangkah) pada bawah tangan serta kaki baju.

selamat mencuba tuk aku n uolls yah..hehe..

terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca {entri dari kamela}

No comments:

Post a Comment