Wednesday, June 1, 2011

Welcome to Keningau.. SAGA 2011..


Tahun ni daerah Keningau dipilih sebagai tuan rumah bagi penganjuran sukan sabah atau lebih dikenali sebagai sukan SAGA.  Tinggal cuma berbaki 5 hari lagi sukan Saga yang ke-5 (sabah games v)  akan memulakan layarnya..namun masih lagi betungkus lumus menyiapkan venue2 sukan berlangsung..harap2 selesailah dalam masa terdekat..ni la akibatnya buat kerja last minit..kan sapa yang susah..huhu...kita berdoa jah la moga2 smuanya berjalan seperti yang dirancang..naa cakap2 pasal suka SAGA ni apa bah kan sebenarnya sukan ni  na cni aku bagitau apa tu sukan SAGA..hehe.. Sukan Sabah atau 'Sabah Games' (SAGA) adalah acara sukan berprestij anjuran Kerajaan Negeri Sabah. Penganjuran SAGA ini telah dipersetujui oleh Kerajaan dalam mesyuarat Kabinet Negeri pada 5 Mac 2003. Kejohanan SAGA diadakan dwi - tahunan iaitu berselang - seli dengan Sukan Malaysia (SUKMA). SAGA diperkenalkan kali pertamanya pada tahun 2003 di Kota Kinabalu manakala SAGA II dilangsungkan pada tahun 2005 di tempat yang sama. SAGA III diadakan pada tahun 2007 di Tawau dan SAGA IV di Sandakan pada tahun 2009.

Penganjuran SAGA I, II, III dan IV melibatkan penyertaan enam (6) zon di Negeri Sabah iaitu Pantai Barat Selatan, Sandakan, Tawau, Pantai Barat Utara, Pedalaman Atas, dan Pedalaman Bawah. SAGA IV, Sandakan 2009 melibatkan penyertaan semua 25 daerah di Sabah. Manakala SAGA V, Keningau 2011 masih mengekalkan penyertaan semua 25 daerah di Sabah dengan jumlah anggaran penyertaan sebanyak 12,950 orang.

Penyertaan bagi sukan ini adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang bermastautin di Negeri Sabah dan berumur 21 tahun ke bawah, kecuali dinyatakan dalam peraturan pertandingan mengikut jenis sukan. Kat bawah ni venue2 sukan akan berlangsung..jom kita serbu..hehe..

Keningau

Info SAGA V, 2011 > Venue
16 jenis sukan
Bil
Jenis Sukan
Tarikh Pertandingan
Venue Pertandingan
PENGINAPAN
1
Badminton
6 - 10 Jun
1. Dewan Serbaguna, Kompleks Sukan Keningau
SM TEKNIK
2
Bola Sepak Lelaki
5 - 10 Jun
1. Kompleks Sukan Keningau
2. Padang Henry Gurney
3. SMK Bingkor Keningau
4. SMK Keningau 2
SMK GUNSANAD
3
Bola Tampar
5 - 10 Jun
1. Dewan Serbaguna, SMK Gunsanad 2
SMK KENINGAU 2
4
Boling Padang
6 - 10 Jun
1. Padang Lawn Bowls, Kompleks Sukan Keningau
SK KG. KENINGAU
5
Golf
9 - 10 Jun
1. Keningau Golf & Country Club
SMK KENINGAU 2
6
Hoki
4 - 10 Jun
1. Padang Hoki, Kompleks Sukan Keningau
SK PEKAN KENINGAU 2
7
Memanah
6 - 8 Jun
1. Lapang Sasar, Airstrip Keningau
SK PEKAN KENINGAU
8
Olahraga
5 - 9 Jun
1. Padang Balapan, Kompleks Sukan Keningau
SMK BINGKOR
SMK GUNSANAD 2
9
Ping Pong
7 - 10 Jun
1. Dewan Serbaguna, SJK (C) Yuk Yin, Keningau
SMK GUNSANAD
10
Ragbi
8 - 10 Jun
1. Institut Pendidikan Guru Kampus Keningau
SM TEKNIK
11
Sepak Takraw
7 - 10 Jun
1. Dewan Serbaguna, Majlis Daerah Keningau
SM TEKNIK
12
Pencak Silat Olahraga
5 - 10 Jun
1. Dewan Jubli Perak, Pusat Latihan Dakwah Keningau
PUSAT LATIHAN DAKWAH KENINGAU
13
Tenis
6 - 10 Jun
1. Institut Pendidikan Guru Kampus Keningau
SMK KENINGAU
14
Tinju
7 - 10 Jun
1. Bangunan Arked, Majlis Daerah Keningau
SMK KENINGAU
15
Wushu
7 - 8 Jun
1. Dewan Serbaguna, SM Ken Hwa Keningau
ASRAMA YAYASAN SABAH
16
Taekwondo
9 - 10 Jun
1. Dewan Serbaguna, SM Ken Hwa Keningau
SK PEKAN KENINGAU

venue di Tambunan & Tenom pun ada juga..
jom ramai2 g tgok temasya sukan yang julung2 kalinya di buat di Keningau..hihi..sokonglah sukan tempatan kita.. :p  ..  ^__^

terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca {entri dari kamela}

No comments:

Post a Comment