Thursday, June 16, 2011

Gerhana oh Gerhana...

Awal pg tadi berlaku satu lagi fenomena alam yang jarang2 berlaku iaitu gerhana bulan penuh  antara jam 1.25 pagi dan 7.01 pagi.  Fasa penumbra (P1) akan berlaku pada jam 1.25 pagi namun kesan kenampakan gerhana masih tidak dapat diperhatikan memandangkan bulan merentasi bayang penumbra yang kurang gelap.  “Gerhana yang jelas dapat dilihat semasa bulan memasuki bayang umbra bumi (U1) mulai jam 2.23 pagi sehingga gerhana maksimum berlaku pada jam 4.13 pagi.  “Bulan akan mula keluar dari bayang umbra bumi (U3) pada jam 5.03 pagi dan keluar sepenuhnya dari bayang Bumi (U4) pada jam 6.02 pagi.  Gerhana masih terus berlaku sehingga jam 7.01 pagi tetapi fenomena tersebut tidak dapat disaksikan pada waktu terbabit kerana bulan berada di kawasan bayang penumbra bumi yang kurang gelap.


Image kedua .. Penumbra jam 2.23 am
Gerhana Bulan Penuh, 15 Jun 2011 3.04 am dari Masjid Negara, KL


Fenomena Gerhana Bulan Penuh kali ini merupakan fenomena yang jarang berlaku dimana Bulan akan melewati pusat bayangan bumi dan peristiwa ini hanya pernah terjadi 11 tahun dahulu. Seterusnya, fenomena Gerhana Bulan Penuh sebegini hanya akan berlaku pada 27 Julai 2018. Para saintis menganggarkan fasa Gerhana Bulan Penuh ini akan berlangsung selama 100 minit.

Fasa Gerhana Bulan Penuh
1.25 am – Bulan mula memasuki “Penumbra”
2.23 am – Bulan mula memasuki “Umbra”
3.23 am – Bulan mula mengalami fasa gerhana penuh
4.13 am – Gerhana Maksimum
5.03 am – Bulan mula keluar dari “Umbra”
6.02 am – Bulan keluar sepenuhnya dari “Umbra”
7.01 am – Bulan keluar sepenuhnya dari “Penumbra”



untuk pengetahuan uolls "Kejadian gerhana bulan ini berlaku apabila matahari, bumi dan bulan berkedudukan sejajar. Fenomena ini berlaku apabila keseluruhan bulan melalui kawasan bayang-bayang bumi." Pada saat ini, keseluruhan rupa bulan mungkin sukar untuk dikesan kerana ia berkeadaan kelam. Ini disebabkan bulan terselindung oleh bayangan bumi iaitu umbra.Fenomena ini terjadi secara berperingkat,Untuk pengetahuan anda gerhana bulan adalah selamat untuk dilihat dengan mata kasar dan rakaman imej juga boleh dibuat dengan sebarang alat rakaman kerana ia tidak berbahaya.

terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca {entri dari kamela}

No comments:

Post a Comment