Tuesday, May 31, 2011

Kotobian Tadau Do Kaamatan


Salam uolls wahh bestnya cuti2 panjang cenggini..bleh rilek2 kat rumah..hehe...tuk pgetahuan uolls..sabah cuti umum setiap tahun pada 30 & 31 Mei  bagi meraikan pesta kaamatan ni.  jom uolls kita baca pa sebenarnya pesta kaamatan ni..hehe...Pesta Kaamatan atau dalam bahasa kadazan “Magavau” merupakan perayaan khas untuk menghormati “Bambazon” (semangat padi) dan menjadi tradisi sejak zaman-berzaman.

Sejarah pesta ini bermula dengan cerita lisan iaitu Kinoingan ( Tuhan ) dan isterinya Suminundu mempunyai seorang anak perempuan yang bernama Huminodun. Untuk menyelamatkan orang-orang Kadazandusun daripada kebuluran kerana tidak mempunyai makanan yang mencukupi, maka Kinoingan terpaksa mengorbankan anak kesayangan mereka Huminodun.

Huminodun dibunuh dan mayatnya dikubur menurut adat istiadat selengkapnya. Kononnya, mayat Huminodun itu telah mengeluarkan berjenis-jenis benih tumbuhan yang menjadi makanan utama kepada kita sekarang. Salah satu benih tumbuhan itu ialah padi. Oleh kerana sebahagian dari mayat Huminodun itu mengeluarkan benih padi, maka wujudlah kepercayaan bahawa padi itu mempunyai semangat yang diberi nama "Bambazon".


Bermula dari kejadian inilah orang-orang Kadazandusun memulakan upacara Pesta Kaamatan ( Pesta Menuai ) dengan harapan rezeki yang akan datang bertambah baik dan lumayan selain sebagai penghargaan dan penghormatan masyarakat Kaum Kadazandusun akan Penciptanya (Kinoingan) yang sanggup mengorbankan anak kesayangannya Huminodun untuk menyelamatkan orang-orangnya supaya tidak mati kebuluran.

k la uolls slmt bercuti wat penduduk Sabah..hihi..jumpa lg see yah.. :)

terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca {entri dari kamela}

No comments:

Post a Comment