Friday, March 4, 2011

Gigi Oh Gigi Mengapa Engkau Sakit...

Sakit gigi sememangnya amat menyeksakan. sakitnya tu uhh Tuhan saja yang tahu.. emm jangan gelabah korang2 smua ya..cuba kita try petua-petua kat bawah ni mudah2an bole baik ye.. haa mari kita cuba petua-petua yang boleh diamalkan untuk merawat sakit gigi kat bawah ni:

1) Campurkan sedikit cuka dalam segelas air suam. Gunakan air ini untuk berkumur. Amalkan tiga kali sehari sehingga rasa sakit hilang.

2) Kunyah sedikit kapur sirih pada gigi yang sakit sehingga lumat. Amalkan sehingga rasa sakit gigi hilang.

3) Makan buah belimbing buluh bersama sedikit garam.

4) Gigit 3 kuntum bunga cengkih pada gigi yang sakit. Jika gigi berlubang, tumbuk bunga cengkih dan isikan ke dalam lubanggigi dan tutup dengan kapas.

5) Untuk gigi berlubang, ambil getah pada tampuk buah betik muda dan sapukan pada gigi yang sakit dengan putik kapas.  ( hah petua ni aku rasa paling mujarab..hehe..dh cuba pun..memng gigi cepat redalh drpd sakit..cuba ye.. :)

6) Untuk gigi geraham berlubang, tumbuk seulas bawang putih hingga lumat dan masukkan sedikit cuka. Masukkan bahan tadi ke dalam lubang gigi.

7) Sapukan getah pokok kemboja pada gigi yang sakit.



korang try ye..harap2 gigi korang pas try petua ni tak sakit lagi.. Selamat Mencuba ya.. :)
terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca {entri dari kamela}

2 comments:

  1. wah, tips yang sangat berguna..
    =)

    ReplyDelete
  2. ye..nti bleh try petua ni klu sakit gg..:)

    ReplyDelete