Monday, March 21, 2011

Kejamnya Euthanasia..

Salam uolls..bertemu lagi kita..rasanya lama juga tak update blog ni..kitaorg baru-baru ni disuruh bagi pendapat untuk penilaian markah kuiz dan entri kali ni adalah berkaitan dengan tajuk kuiz yang perlu kitaorg berikan pendapat iaitu pasal Euthanasia..Euthanasia ni sebenarnya kira perkataan barulah yang aku dengar ni dan aku terfikir selama ini perkara tersebut rupanya pernah dilakukan pada ahli keluargaku..memang sakit bila didengar  apabila para doktor menemui jalan buntu dan jalan terakhir yang mereka pilih ialah melakukan euthanasia..kejamnya..Uolls tau tak pa maksud sebenar euthanasia tu..
Euthanasia membawa maksud tindakan menamatkan riwayat hidup seseorang dengan sengaja kerana seseorang itu tidak mampu lagi menanggung kesakitan dan tidak dapat diubati dengan perubatan yang sedia ada.  Ia juga diertikan sebagai kematian dengan aman tanpa kesakitan. .  Euthanasia ni terbahagi kepada beberapa kategori iaitu:

1. Euthanasia aktif: Mempercepatkan kematian seseorang dengan tindakan secara langsung seperti menyuntik ubatan tertentu yang boleh membawa
maut dengan segera.
2. Euthanasia pasif: Mempercepatkan kematian seseorang secara tidak langsung seperti dengan cara menghentikan bekalan makanan, air, ubatan atau prosedur-prosedur yang perlu bagi meneruskan hidup pesakit. Pesakit dibiarkan tanpa sebarang rawatan sehingga mati disebabkan penyakit yang dialaminya.
3. Euthanasia secara sukarela(voluntary): Apabila seseorang yang dipercepatkan kematiannya berdasarkan permintaannya sama ada secara lisan atau bertulis.
4. Non-voluntary euthanasia: Apabila seseorang yang dipercepatkan kematiannya tidak membuat sebarang permintaan atau wasiat supaya dipercepatkan kematiannya. Juga merujuk kepada proses mempercepatkan kematian pesakit yang berada dalam keadaan tidak sedar, koma atau tidak mampu memberikan reaksi yang dapat difahami. Dalam kes ini, biasanya ahli keluarga si pesakit yang membuat permohonan supaya dipercepatkan kematian.
5.  Involuntary euthanasia: Apabila seseorang yang dibunuh telah meminta supaya dia tidak dipercepatkan kematiannya.


Apa agaknya pandangan uolls tentang perlakuan ini..bagi aku  perlakuan ini adalah tidak wajar sama sekali dilakukan.  Perkara ini menurut pandangan islam adalah HARAM kerana perbuatan ini seolah-olah membunuh kerana doktor bertindak mengakhiri riwayat pesakit dengan memberikan suntikan dan sebagainya.  Perbuatan ini mempunyai pandangan yang berbeza dalam pelbagai perspektif.  Melalui pesakit mereka cenderung untuk memilih untuk ditamatkan riwayat hidupnya kerana mereka telah berputus asa dengan penyakit yang mereka tanggungi dan mereka lebih cenderung untuk meminta doktor untuk melakukannya.  Akan tetapi sekiranya pesakit berada dalam keadaan koma ahli keluarga akan berhadapan dengan dilema samada pesakit itu masih ingin meneruskan kehidupan ataupun tidak. Walaupun perbuatan ini dilakukan atas alasan kasih sayang atau tidak sanggup melihat pesakit menanggung kesakitan namun perbuatan ini adalah amat bertentangan dengan kuasa Tuhan yang bertindak sebagai yang menghidupkan dan mematikan seseorang.  kita bukan Tuhan yang berhak untuk menamatkan riwayat hidup seseorang. Hanya Tuhan yang berkuasa atas segala-galanya. Biarlah seseorang itu meninggalkan dunia ini secara semulajadi ditarik nyawanya oleh yang Maha berkuasa Allah SWT..


terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca {entri dari kamela}

No comments:

Post a Comment